KATA-KATA MOTIVASI UNTUK ADIK
- ADIK “if you live to other people’s expectation, you will kill your potential. But if you
live your life based on what you want to achieve, what you enjoy doing and
what you want to be,you your potential is limitless! Follow to your heart –
Andrew Matthews. Jika Anda mahu mencapai kejayaan semata-mata mahu mengatasi orang
lain atau nak berjaya semata-mata mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain,
Anda akan membunuh potensi diri Anda sebab Anda hidup di dalam dogma
iaitu bertindak berdasarkan apa yang orang lain kata. Anda tidak ada impian sendiri, tapi hidup berdasarkan impian yang diset
oleh orang lain terhadap diri Anda. Walaupun Anda berjaya, Anda akan rasa
‘kosong’. Bila ada orang lain muncul lebih berjaya daripada Anda, timbil
rasa dengki, iri hati, sakit hati.
Jika Anda mahu mencapai kejayaan sebab Anda mahu menjadi ‘somebody’,
mahu mencapai apa yang Anda impikan, Anda seronok melakukan perkara
yang Anda sukai, potensi Anda untuk berkembang sentiasa ada, bahkan tak
ada had! Anda akan terdorong untuk belajar perkara baru di api-apikan
oleh rasa ingin tahu. Anda akan maju tanpa Anda sendiri menyedarinya.
Meminta pendapat orang lain, itu satu perbuatan yang bagus. Tapi, jangan
bergantung pada pendapat orang lain semata-mata sebagai pentunjuk
hidup. Cara paling baik adalah gunakan pendapat orang sekeliling sebagai
panduan kemudian gabungkan dengan idea Anda sendiri.
Jika kegagalan berlaku, berhentilah menyalahkan orang lain. Ambil
tanggungjawab atas tindakan Anda. Walau apa jua yang berlaku, terima
dengan rasa bertanggungjawab. Salahkan dalaman, jangan salahkan luaran.
Maksudnya, salahkan diri sendiri kerana berbuat silap dan kerana tidak
berbuat sehabis baik.
Mulai hari ini, apa jua orang kata pasal Anda, dengar dan gali motivasi di
sebaliknya. Jangan melenting, jangan jadi bad mood, jangan mengamuk tak
tentu pasal. Dalam memburu kejayaan, Anda kena belajar dari segenap
Rujukan Terunggul TAHUN 2: KATA-KATA MOTIVASI UNTUK ADIK - ADIK
https://nik3s.blogspot.co.id/2011/01/kata-kata-motivasi-untuk-adik-adik.html?showComment=1483668821332#c3237649033297143234 2/6
Catatan Terbaru Laman utama Catatan Lama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
Posted by nik_three 'S' at 11:59 PTG
perkara, walau ia sesuatu yang pahit.